Aug 20, 2018: GCE Duathlon bakal cipta sejarah

Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) akan menganjurkan acara duathlon lebuhraya, GCE Duathlon 2018 pada 16 September depan. Acara kali pertama itu akan berlangsung di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) Selangor sempena dengan sambutan Hari Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, program julung kali dianjurkan ini diharap dapat menarik komuniti sukan larian dan berbasikal di negara ini.