Kempen ‘Ramadan Appeal’ 2016 (Ramadan Appeal)

Kempen ‘Ramadan Appeal’ 2016.
Kempen ‘Ramadhan Appeal’ ini bertujuan untuk memberi bantuan sumbangan dana untuk projek:
1. Program ‘Khalifah Cilik Mercy’ di Afghanistan:
Dengan sumbangan sebanyak RM60, anda dapat membiayai kos makanan, pendidikan dan vaksinasi lengkap bagi seorang pelajar selama sebulan dalam ‘Program Khalifah Cilik Mercy di Afghanistan’.
2. Program ‘Bakul Makanan untuk Pelarian Syria di Kem Pelarian Lembah Bekaa, Lebanon’:
MERCY Malaysia bercadang untuk mengedarkan 2,340 bungkusan makanan di enam (6) buah kem pelarian tidak formal di Lembah Bekaa, Lebanon. Di dalam setiap bungkusan itu akan terdapat beras, makanan dalam tin, minyak masak dan tepung.
i. Bungkusan yang bernilai RM200 dapat membekalkan makanan untuk sebuah keluarga seramai 5 orang selama 2 minggu.
ii. Bungkusan bernilai RM400 dapat membekalkan makanan untuk sebuah keluarga seramai 5 orang selama satu bulan.
Bagi mereka yang berminat menghulurkan bantuan/menghulurkan dana bolehlah
• Membuat pembayaran melalui laman web kami di www.mercy.org.my/how-to-donate/

Contoh pilihan semasa membuat sumbangan di web:
Sila pilih Ramadan Appeal – Help Syria atau Help Afghanistan untuk sumbangan dana
• atau melalui pembayaran secara online kepada akaun bank kami MBB no: 5621-7950 4126
• Kami juga sedang dalam proses memohon meletakkan tabung MERCY Malaysia di beberapa masjid di Kuala Lumpur dan Selangor sepanjang bulan Ramadan, dan maklumat mengenainya akan dikongsikan dalam laman FB kami tidak lama lagi.
Sekian, terima kasih.