MUZIK4HUMANITY – MERCY Little Caliph Afghanistan

As-Salam dan Selamat Sejahtera

Luangkan masa untuk menyaksikan persembahan terbaik dari artis-artis terkenal tanahair, Dato’ Ramli Sarip, Dato’ Khatijah Ibrahim, Dato’ Hattan dan Jaclyn Victor.

Tiket boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com dan hasil jualan ticket akan disalurkan ke MERCY Malaysia. Bagi setiap tiket yang anda beli, secara langsung anda menyumbang satu kotak susu Halib untuk kanak-kanak di bawah program ‘MERCY Little Caliph’ di Afghanistan #secangkirsusuhalib

Sokongan dari anda amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Jumpa anda di sana!
—————-
Save the date this March to watch Dato Ramli Sarip, Dato Khatijah Ibrahim, Dato Hattan & Jaclyn Victor for a unique musical experience at Istana Budaya.

Tickets are available online at www.ilassotickets.com. Ticket sale proceeds will go to MERCY Malaysia, and for each of your ticket purchased, DNeX pledges one pack of Susu Halib for a child under MERCY’s Little Caliph programme in Afghanistan #secangkirsusuhalib.

Your support is much appreciated. In giving, we receive. See you at Istana Budaya!

instagram

Kempen “Syria Winter Appeal” 2016

Kempen “Syria Winter Appeal” 2016 bertujuan untuk memberi bantuan dana musim sejuk kepada enam buah Kem Pelarian Syria di Lembah Bekaa, Lubnan. MERCY Malaysia dengan kerjasama Al-Ghawth (agensi tempatan) bercadang untuk mengedarkan Kit Musim Dingin bagi membantu pelarian menghadapi cuaca musim sejuk.

Sumbangan sebanyak RM 500 dapat membekalkan satu Kit Musim Dingin untuk sebuah keluarga seramai lima orang; yang mengandungi tiga helai selimut, sebuah pemanas dan 60 liter bahan bakar.

Contoh pilihan semasa membuat sumbangan di web:
Sila pilih Syria Winter / Relief Fund untuk sumbangan dana melui website kami atau melalui pembayaran terus secara online kepada akaun bank kami MBB no: 5621-7950 4126

Sekian, terima kasih.

winter appeal banner final

MERCY MALAYSIA TO HOST FOURTH SULTAN NAZRIN SHAH LECTURE SERIES 2016 Discussion to raise public awareness on global migration and displacement crisis

Kuala Lumpur, 6th October 2016 – MERCY Malaysia will be holding its fourth Sultan Nazrin Shah Lecture Series on “Migration, Displacement and the Age of Humanitarian Crisis” on 23rd November 2016 at Sunway University. The lecture series, which was started in 2012 and named after the organisation’s Patron, aims to raise awareness among the general public on humanitarian issues as well as initiatives undertaken by various bodies for the common goal of alleviating human suffering.

read more > press-release-snls2016

snls2016snls2016b

Kempen ‘Ramadan Appeal’ 2016 (Ramadan Appeal)

Kempen ‘Ramadan Appeal’ 2016.
Kempen ‘Ramadhan Appeal’ ini bertujuan untuk memberi bantuan sumbangan dana untuk projek:
1. Program ‘Khalifah Cilik Mercy’ di Afghanistan:
Dengan sumbangan sebanyak RM60, anda dapat membiayai kos makanan, pendidikan dan vaksinasi lengkap bagi seorang pelajar selama sebulan dalam ‘Program Khalifah Cilik Mercy di Afghanistan’.
2. Program ‘Bakul Makanan untuk Pelarian Syria di Kem Pelarian Lembah Bekaa, Lebanon’:
MERCY Malaysia bercadang untuk mengedarkan 2,340 bungkusan makanan di enam (6) buah kem pelarian tidak formal di Lembah Bekaa, Lebanon. Di dalam setiap bungkusan itu akan terdapat beras, makanan dalam tin, minyak masak dan tepung.
i. Bungkusan yang bernilai RM200 dapat membekalkan makanan untuk sebuah keluarga seramai 5 orang selama 2 minggu.
ii. Bungkusan bernilai RM400 dapat membekalkan makanan untuk sebuah keluarga seramai 5 orang selama satu bulan.
Bagi mereka yang berminat menghulurkan bantuan/menghulurkan dana bolehlah
• Membuat pembayaran melalui laman web kami di www.mercy.org.my/how-to-donate/

Contoh pilihan semasa membuat sumbangan di web:
Sila pilih Ramadan Appeal – Help Syria atau Help Afghanistan untuk sumbangan dana
• atau melalui pembayaran secara online kepada akaun bank kami MBB no: 5621-7950 4126
• Kami juga sedang dalam proses memohon meletakkan tabung MERCY Malaysia di beberapa masjid di Kuala Lumpur dan Selangor sepanjang bulan Ramadan, dan maklumat mengenainya akan dikongsikan dalam laman FB kami tidak lama lagi.
Sekian, terima kasih.

PERESMIAN BUILDING RESILIENT COMMUNITIES (BRC), KABUPATEN KARO, PROVINSI SUMATERA UTARA, INDONESIA

 

Peresmian Program Building Resilient Karo

Sinabung, 4 Mei 2016: MERCY Malaysia dengan kerjasama Maybank Foundation telah melancarkan program Building Resilient Communities (BRC) di Kabupaten Karo, Provinsi Sumatera Utara, Indonesia pada 13-14 April 2016 yang lepas. Program ini diadakan bagi tujuan memberi kesedaran secara holistik kepada masyarakat tempatan iaitu kelompok sasaran yang berpontesi menerima kesan secara langsung akibat bencana gunung berapi Sinabung melalui teknik dan pendekatan Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction) yang telah dirangka kemas oleh MERCY Malaysia.

Read more: Press Release Peresmian BRC KARO 2016

Peresmian Building Resilient Karo oleh Yang Dihormati Ibu Sekda Saberina di Desa Perbaji, Kabupaten Karo, Sumatra Utara, Indonesia

Peresmian Building Resilient Karo oleh Yang Dihormati Ibu Sekda Saberina di Desa Perbaji, Kabupaten Karo, Sumatra Utara, Indonesia.